Status Apex Untuk 3 Politeknik
Berita baik untuk pelajar politeknik dan mereka yang berhasrat untuk memilih politeknik sebagai institusi pengajian mereka kelak.
Sekurang kurangnya 3 politeknik yang beroperasi di negara ini akan dinaiktaraf kepada status apex dalam usaha untuk menukar tanggapan bahawa institusi tersebut adalah institusi pengajian kelas kedua. Kerajaan juga mengkaji kemungkinan untuk menukar salah satu daripada 3 politeknik tersebut sebagai sebuah universiti di bawah rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
Dengan status apex, sesebuah institusi akan dianggap ‘anak emas’ dan bakal menerima pelbagai suntikan naik taraf dari segi fasiliti, infrastruktur, pembangunan, kewangan dan sebagainya.
Persepsi umum sering membuat anggapan bahawa politeknik bukan pilihan utama pelajar dan mereka yang memilih politeknik sebagai lapangan menimba ilmu sebagai ‘pelajar kelas kedua’ tanpa menyedari kebolehan institusi tersebut yang melahirkan ramai juruteknik dan jurutera yang berjaya mendapat kerjaya dengan gergasi gergasi besar industri seperti Motorola, Intel, Agilent Technologies, Sony, Samsung dan sebagainya.
Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa graduan dari politeknik dicari cari oleh majikan, dan malah dari segi statistik, politeknik mengatasi banyak universiti lain dari segi prestasi statistik pengangguran.
Masih belum jelas sehingga kini politeknik mana yang akan dinaikkan ke taraf apex, namun buat masa ini, Politeknik Ungku Omar (PUO), yang dilihat sebagai antara politeknik terbaik di negara ini dijangka penerima salah satu status tersebut.
No related posts.









Leave your response!